Brainstorming like hell

Friday, June 20, 2014

Think my friend.. Think..

Duit. Duit menyebabkan orang gila. Gila dengan dunia. Ada orang gilakan gadget; sanggup berabis duit untuk Xperia X15, Iphone 6, Black DarkCurvespecialedition Berry, walaupun mereka baru beli model yang kurang 1 nombor/update dari model2 di atas. Yang itu baru gadget. Tak cukup lagi ada property lain. Ada beg, kasut, baju designer. Lagi-lagi, dengan rumah, kereta..
Kalau orang ada banyak duit, bleh habiskan dengan rumah mahal2. Kita ada Kondo 1 KL, Troika, Pavilion Residence.. Harga memang best, Kondo 1 KL tu harga untuk 1sq feet kira-kira RM1200..Kita ada rumah mahal! Way to go Malaysia.

Tak cukup dengan duit, kita dimomokkan pula dengan isu politik yang tak sudah. Sedaya upaya media kita memutarbelitkan yang mana fakta dan auta. Sekejap boleh rasuah, sekejap x boleh. Hairan jugak orang beri zakat pun dikata rasuah.. I tell you aa, kalau betul2 ikhlas nak bagi rasuah, digalakkan untuk buat hari2. Baru lah xda orang bising. Rakyat didahulukan, pencapaian dinantikan..

Sambil2 politik, boleh lah kita menginjak sebentar ke gejala sosial. Memang diakui kurangnya kedengaran kisah2 rempit dan isu2 baby di media sekarang. Biarkan. Lagi banyak kisah mereka masuk TV, lebih ramai remaja kita akan terjebak. "Masuk TV kan cool?? So we all pun also want to try" balas mereka sambil tersengih. Dari mana mereka belajar attitude sebegini?

Haa, semuanya bermula dari pendidikan itu sendiri. Walaupun exam kita x berapa nak susah (STPM bukan lagi exam paling susah di dunia), kita tetap ada sistem belajar yang world-class, tersusun. Hatta memiliki universiti termurah di dunia! Namun pemikiran tetap di bawah tempurung. Toyol dan nota2 kecil menjadi pilihan hati. Apakata mansuhkan sistem exam? Buat markah assessment 80% berbalas 20% exam? Macam ni x adalah isu menganggur timbul lagi..

Kenapa ada pelajar menganggur? Kenapa ramai yang tak dapat sambung belajar? Yang ini kita jangan kisahkan sangat. Ianya satu hikmah, kerana jika semua orang grade SPM, grade dengan 1st class degree, tidak wujud floor engineer, chemical disposal & tireless constructor (bahasa mudah tukang sapu, tukang sampah, buruh dll).

Oh, Carrefour decided to stay put in Malaysia. Who ask them to leave aa?d..n

6 comments:

  1. uh. ini betul2 entri brainstorming.
    berkerut-kerut saye membacenye :D

    ReplyDelete
  2. haha..jgn lupa hidup kita penuh dgn memerah otak

    ReplyDelete
  3. stpm yg paling susah ka sblm ni?nda taw plak..hehee

    ReplyDelete
  4. antara yang tersusah la.. skrg nda suda..:p

    ReplyDelete
  5. saya suka article ni. thanks abg hasyir! (: #i'm your junior at SEMAI.

    ReplyDelete
  6. Thank you @iLaBacho selamat menjadi junior yang berjaya :)

    ReplyDelete