SB punya pasal

Sunday, July 26, 2009

H1N1: UiTM tutup kampus Lendu

PELAJAR UiTM Lendu, Melaka meninggalkan kampus malam tadi selepas ia ditutup sehingga 24 Julai ini ekoran wabak selesema babi.

MELAKA - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpaksa menutup kampus mereka di cawangan Lendu, di sini mulai hari ini berikutan perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang setakat ini sudah menjangkiti 13 pelajarnya sejak Sabtu lalu.

Notis penutupan kampus yang membabitkan kira-kira 4,000 pelajar itu akan berkuat kuasa mulai tengah hari ini hingga 24 Julai.

Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah ketika dihubungi malam tadi mengesahkan tindakan tersebut selepas mereka mendapat arahan Kementerian Kesihatan.

"Kita akur dengan arahan itu dan mulai hari ini, semua aktiviti dalam kampus ditunda buat sementara waktu.

"Pihak universiti akan mengikut garis panduan yang diberikan kementerian bagi menangani situasi tersebut sehingga tempoh penutupan itu berakhir,'' katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, pihak universiti tidak akan menyekat ibu bapa yang datang untuk membawa pulang anak masing-masing.


Semakin hari semakin runsing aku memikirkan isu ini. Isu selesema babi (SB) ini atau H1N1 semakin membabiluasa, dan kali ini sasarannya adalah IPTA2 Malaysia. Dengar2nya UUM pun dah tutup, tak tau lah mana penularannya pergi selepas ini.

1st sekali, aku lebih selesa menggunakan istilah SB ini kerana penyakit ini dibawa melalui genetik2 babi ini. Maaflah tokey2 babi, aku harap korang x rugi tapi inilah kenyataannya. Kenapa tak guna nama selesema khinzir? Lebih manis katanya.. Masalahnya, istilah babi itu lebih terkenal di Malaysia, dan itulah kenyataannya..again..

2ndly, U aku seluruh Malaysia telah ditutup seluruhnya. Maksudnya, cawangan dan induk sudah bersepakat untuk tutup sehingga awal bulan Ogos. Aku suka keadaan ini, so aku boleh buat nota dengan lebih effisien!! Biasalah, nasib orang tak balik rumah ni.. Aku berharap sangat SB ni tak sampai ke kawasan ni.

Last but not least, dengarnya cuti raya dah diawalkan. Aku sangat berbelah bahagi dalam isu ini, kerana kebanyakan student dah book tiket balik, masuk aku lah..Kenapa x buat notis awal? Oklah, ~SB merebak tanpa isyarat, ini semua ketentuan tuhan, ada hikmah di sebalik kejadian~..Bla bla..

Apapun, kalau lah cuti tu benar2 dah dianjakkan, aku berharap sangat pihak berwajib dapat menggantikan semula tiket2 kami tu..kata pendeknya pampasan.. Tiket bukan RM50 ya, Rm500..Please handle it ASAP..



*Illustrasi virus yang kononnya menjangkiti anak Mr. John


Jauhilah Selesema Babi! Jangan coba mendekat!

6 comments:

  1. Boleh... Ada seorang lelaki bernama ikhwan. Dia tu orang kuat MPP. Mesti dia bleh tolong,hahaha

    ReplyDelete
  2. erm in many cases, there is no direct infection to human from pig, yet it called selesema babi because the gene mutation of virus from pig-bird-human. I hope I can clear you a bit.

    ReplyDelete
  3. Tau ka yang cuti baru ni?
    kami yang perjuangkan untuk dpt cuti tu tp mmp shah alam dapat nama.

    punya p***mak dorg.

    tuntutan kami di penuhi tapi dapat 19/9-27/9 jak. kami mntk 17/9 ari tu.

    tp apa2 pun besyukur jak la xda yang burn.

    'Jahanam Ibrahim.Turunlah anda'

    ReplyDelete
  4. uii statement berbahaya.. ni kalau ada mpp lain nampak link ni haha

    ReplyDelete