Nak tengok hantu?

Saturday, May 22, 2010

Beberapa hari yang lepas, aku join berdebat dengan sorang mamat ni. Soalan2 dia sebenarnya bukan berbunyi 'pertanyaan' , tetapi aku dapat rasakan sekadar ingin menegakkan pendapat sendiri. Orang dah bagi jawapan2 macam2 pun x boleh terima lagi..

"Kenapa kita tak bleh lihat jin/syaitan? Saya tak suka hikmah2, I want something scientific.."


Bagi aku, manusia ada ilmu yang terbatas. Anda tidak akan dapat menjawab sesuatu yang ghaib, melainkan dengan izinNya. Kebanyakan perkara cuma boleh ditafsirkan dengan hikmah2.. Namun, secara saintifik, pelbagai kajian tentang ilmu ghaib telah dijalankan. Di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang aku tau..


A HIDDEN PLACE



Getaran (Vibration) Pelajar2 aliran sains tahu bagaimana atom bergetar dan membentuk objek fizikal. Setiap objek memiliki getaran sendiri, bermula dari benda yang halus seperti angin, sehinggalah sekeras2 objek seperti kayu/besi. Otak kita seterusnya akan menafsir objek tersebut. Sekiranya getaran sesuatu objek itu berada di luar julat frekuensi akal, kita x akan dapat menafsirnya.


Emosi (Emotion) ialah perasaan seseorang. Semasa kita berasa takut, badan akan menghasilkan hormon, atau lebih tepat, sejenis bau. Bukti? Anjing boleh mengesan bau seseorang di dalam ketakutan. Dan sebab itulah, orang yang lemah semangat 'mudah histeria/dirasuk'. Emosi takut akan menarik lebih banyak entiti halus datang menghampiri.....

Apa kaitan getaran dan emosi?
Emosi mungkin menghasilkan sejenis getaran. Getaran ini pula akan memberi klu kepada entiti2 terbabit untuk menghasilkan getaran yang sama dengan apa yang kita boleh lihat. JENG! Now you can see it..

Satu masa dahulu, aku pernah datang ke satu ceramah MLM (kena tipu member la..) dan ada 1 demonstrasi tentang mengukur aura anda. AURA apa ni? Aura ini pulak berbeza2, mengikut tahap kebaikan@kejahatan. Kajian saintis juga mengatakan orang yang banyak beribadah mengeluarkan sejenis aura yang kuat.. ataupun pendinding. Mereka yang tidak tahu mengawal emosi, suka cari pasal, blabla lebih mudah untuk menghasilkan frekuensi getaran.. yang mudah ditembusi oleh makhluk2 ni. Orang yang selalu sakit juga memiliki aura yang lemah..

Hebatnya getaran2 ini ialah, sedikit perbezaan pun akan membezakan sifat dan rupa objek2..Seterusnya, benda2 yang menghindari kita dari melihat perkara halus ni adalah..

Hijab.. ataupun tabir.

Kenapa dengan hijab? Apa yang istimewa tentangnya? Mudah.. Menghalang kita daripada terus melihat makhluk di dimensi yang lain. Dan bagaimana dijelaskan pula yang jin, syaitan, hantu dll
yang dikatakan mempunyai rupa yang buruk amat?Dimensi menjelaskannya..


Dimensi (Dimension) menjelaskan gambaran ruang tempat kita tinggal.

1st Dimension - Satu garisan panjang yang tidak akan tertutup, disebut PANJANG

2nd " - Garisan yang tertutup (segi 4, bulatan), juga disebut sebagai PANJANG & LEBAR. Pernah dengar perimeter? Luas permukaan? Yup..

3rd " - Garisan tertutup, dengan point-of-view. (segi 4 berbongkah). Maka wujudlah PANJANG, LEBAR & TINGGI. Ia akan menghasilkan isipadu.

4th " - 3 Dimensi atas, bergabung dengan 1 dimensi masa.

5 dan ke atas - Tidak dapat digambarkan dengan logik akal. Kompleks. Sangat


Maka, pelbagai teori tentang menguji ilmu ghaib secara fizikal dihasilkan. Salah satunya adalah Fizik Kuantum, yang mengkaji ilmu ghaib secara saintifik. Contohnya, adakah cahaya mempunyai jisim ataupun berat? (Err, aku cuma tau Fizik Kuantum sampai tahap ni..)


DIMENSION THAT SEPARATE US



TV adalah contoh terbaik sebagai alam 2 dimensi. Cuba fikirkan, adakah benda yang kita lihat itu mempunya isipadu atau jisim? Jarak antara mata kita ke TV adalah ruang dimensi ke-3. Maksudnya, objek di dalam TV hanya akan hidup di dimensi kita, jikalau mereka berjaya keluar dari kaca TV..



*Haa,sebab tu lah time dia keluar ni kena hati2 skit


Bayangkan dimensi kita sebagai satu TV. Jarak antara pemerhati lain di luar TV kepada kita adalah dimensi keempat, yang tidak dimiliki alam kita. Dan begitulah seterusnya.. Di harap ia menjawab soalan tentang dimensi yang memisahkan kita..

Pada pandangan aku, sebenarnya rupa2 makhluk ini tidaklah buruk seperti yang kita sangkakan. Ianya disebabkan 'kekangan dimensi' itu sendiri. Bukti? Kisah2 yang pernah digambarkan, seperti manusia bertemu kerajaan jin, bertemu orang bunian, bomoh berdialog dengan jin.. Bagaimana mereka boleh menceritakan kisah2 tersebut jikalau mereka pengsan akibat buruknya rupa makhluk2 tersebut?

Logiknya, makhluk2 ini hidup di dalam dimensi yang berlainan, lebih 1 dimensi.. dan mempunyai jisim yang halus (ciptaan Syaitan drpd Api). Sudah semestinya, getaran tidak sama dan menyebabkan kita tidak dapat melihat mereka. Namun, apa akan berlaku jikalau mereka ingin menonjolkan diri di hadapan kita?

Mereka perlu 'buang' 1 dimensi. Paksa diri mereka untuk muncul. Ini sekaligus menyebabkan 'unstable vibration' yang menyebabkan jisim mereka berubah2. Dan? Mereka muncul dalam bentuk yang kurang sempurna, atau pun MENAKUTKAN..

Jikalau manusia biasa menemui rahsia dimensi, iaitu bagaimana hendak 'menambah' dimensi dan muncul di alam mereka, nescaya mereka akan bertempiaran lari bila melihat wajah kita. Yup..'unstable vibration'..

Dan pelbagai lagi teori, yang aku pun x berapa nak paham.. Ini salah satu contoh teori aku yang paling berbelit2..sekian..

3 comments:

  1. everything is explainable. orang yang cakap ini xlogik, itu xlogik, no science explaination tu yang bodoh. sebab kebodohan xdapat belajar berfikir dengan lebih dalam. bangsat
    islam is all about science.

    ReplyDelete
  2. agak2 bleh x kta cipta sesuatu yang memaksa diaorg btol leh kua dari tv tu? x ke tu duplication thdp sst benda yg da wujud? mksdye scr xlgsg diaorg ne terperangkap dlm dimensi alam tu? video2 yg kta rakam memerangkap sebahagian drpd kta di dlam dimensi ini?

    ReplyDelete
  3. satu masa nanti ciptaan2 sebegitu akan berjaya dihasilkan. Mereka bukan terperangkap tetapi memang ketentuan tuhan yang menciptakan alam yang berbagai-bagai. Dajjal sendiri menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan mampu muncul di pelbagai dimensi

    ReplyDelete