Penularan wabak 'tidak bersalah'

Thursday, May 20, 2010

Baru2 ni aku asyik terpikir, kenapa orang x suka mengaku salah? Ya, sesiapa pun termasuk diri aku sendiri (Erk, aku selalu mengaku salah..). Bermula dari kesalahan kecil (e.g. salah letak barang, tapi xmo ngaku) hinggalah yang besar2. Penyakit ni berjangkit dari golongan pengemis sampai la kepada tokan2 minyak..


Benda ni dah banyak kali aku lalui, paling aku ingat time keja ngan Celcom. Ada satu masa tu team kitorang silap buat keja (x activate simkad customer, maybe around 200 nombor, nak cepat punya pasal...) Then masa mesyuarat tu, x kisahlah team aku atau management sendiri... semua terusss tembak menembak. Aku cuma mendengar dan lastly, berenti kerja. Sudahlah hari2 mengumpat, sakit telinga oooo..Ya, begitulah cara masyarakat kita bekerja, anda salah saya betul...

Seperti biasa, aku akan salahkan sistem pendidikan. Tapi, bukan di sekolah.. Di rumah. Ibu bapa zaman sekarang lebih suka melihat anak2 bertuah mereka muncul dalam pertandingan bakat, masuk TV, pandai menyanyi blablabla.. Lagi satu, skor A yang berlebihan di atas slip exam dijadikan kayu ukur kebaikan seseorang. Kononnya makin banyak A makin manusia lah anak2 ni.. nonsense.. Mereka terlupa sesuatu....


*Er, Mak bapak yang buang anak kalau ngaku salah memang nahas la.. So jangan buang2 kay!

Berbalik semula kepada topik, apasal ngan orang2 yang x mengaku salah ni? Mengganggu sangat ka? Yaaa!! sangat menganggu aku!!

Salah satu lagi contoh adalah pencinta2. Selalu dengar orang kahwin bercerai? Dulu time berchenta punya lah x ingat berapa kali cakap I Lap U, sekarang buat salah sikit means world war!! A simple words, sorry honey, my mistake.. Mungkin menyelamatkan perkahwinan. Mungkin berat, tetapi tidak salah meminta maaf dari orang paling rapat dengan kita kan?

Level seseorang juga menentukan samaada mereka berhak mengaku salah atau tidak. Tak percaya? Mari kita bandingkan:

Ibu bapa>anak, bos>kuli, orang tua>orang muda (Seniority rules!). Di sini aku merumuskan, the higher the level, the more they're likely to be right. Ingatlah wahai orang2 atas, dah salah tu buatlah cara salah.. orang bawah pulak jangan besar kepala..

Ramai yang malu mengaku salah, sebab bimbang benda ini akan menonjolkan lagi kebangangan dan kelemahan. Biarkan! Let it be! Bangang atau tidak, kita sedang mengajarkan erti kebenaran kepada orang lain. Dapat pahala, dan anda akan lebih dihormati, disegani, dan disayangi.

Ingat, bagi mereka2 yang pengerasi dan masih malu untuk mengaku salah, ingatlah bahawa kita bukan makhluk yang sempurna. So, kalau x mahu mengaku salah, korang sedang menganggap diri sebagai PERFECT~ Yaa, perrrrrrrfect!


*Yup, mereka mengaku salah.. tetapi sayang media lebih suka kisah yang panas dan meletop


My advice: Tolonglah, SILA MENGAKU SALAH. Sekian

No comments:

Post a Comment