Things to have~NOW!

Thursday, June 18, 2009

Benda2 yang mesti aku memiliki dalam kadar segera! Yariba!!

Jack Purcell Oo, walaupun aku tidak meminati sangat brand yang berunsurkan Converse ni (ada sebab nya ya), tapi aku tetap ingin mendapatkan sepasang kasut brand ni tak kisah la jenis Rally, Retro atau Plain. Kebaikan, harganya tidak melampau sangat kacaknya kalau nak dibandingkan dengan Paul Smith & Ted Baker.

Price Range: RM89~RM230









Topman Aku baru nak berjinak2 dengan brand ni. Ya larr, dulu aku pakai baju cap ayam, adidos, poloh. Mana lah aku nak beli brand2 camni. Apapun aku tertarik dengan design dan bentuknya yang cut-edge dan fit-body gitu. Mesti aku kelihatan kacak nanti kan kawan2?Apa? Oo, sekarang kau mengaku kawan ya..

Price Range: RM40~RM170



Crumpler Pernah mendengar jenama2 ini? Timbuk2, Loopbag, Voltaic dan Zero Hallibutton? Tidak? Ini jenama2 beg yang memang dihasilkan untuk laptop. Pad bahu yang selesa, diadun dengan warranty 2 tahun dan tahan lasak yang amat. Aku tertarik dengan brand made in U.S. ni. Designnya kacak. Baru2 ni sahaja 1 outlet Crumpler KLCC telah dibuka. Awas! duit anda akan cepat sahaja hilang di dalam kedai ini. Outlet terbesar berada di Singapura. Yang nak pegi tu kirim-kirimai!

Price Range: RM369~RM1000









Fossil
Kenapa ko tak beli Rolex? Tag Hauer? Fossil ni tidak kurang mantapnya. Jam ilham seorang pereka yang telah menang banyak anugerah2 kacak berkaitan rekabentuk. Jam ni lebih manis dan masam rasanya berbanding jam2 di atas. Boleh dimakan? boleh, rasa coklat cadbury (duh~).. Jam Fossil ni menarik perhatian aku dari segi designnya yang unik2. Aku tak suka lah yang bertatahkan emas ni, nampak cam cetak rompak walaupun mahal. At least, jam Fossil masih mampu dimiliki.

Price Range: RM350~RM800





Adidas Setakat ni aku nak beli biasa2 la, ngga usah yang kacak2 gitu. Adipure. Tak payahlah nak Predator, PS TRX dan seumpamanya. Aku bukan pemain professional yang shoot bagai nak rak. Setakat main2 lar..Orait nopo..Tapi aku agak menjauhi Nike, sebab aku lebih terarah kepada kasut made in Jerman. "nach Geld stinken!"

Price Range: RM300+



Gibson Les Paul What the heck? Petua untuk popular cepat ada 2 sahaja, medium pintas pertama adalah wang. Selain itu adalah MUSIK. Aku inginkan kedua2nya. Gitar Gibson adalah lebih jazzy berbanding Fender apabila diadunkan dengan efek reverb dan wah-wah. Mengapa Gibson? Oh, anda kelihatan sangat kacak memakainya di pentas, walaupun tanpa tali terpasang.

Price Range: RM1000~RM5000!








Playstation3 Konsol permainan yang masih tak stabil penghasilannya. Ahh! Pedulik hapa, beli tetap beli. Didatangkan dengan memori sehingga 160GB (pehal nak besar2? Ko nak install Adobe Photoshop kah?), remote wireless, Blu-ray dan punca rabun terbesar, anda mendapat pakej yang lengkap di situ. Kalau dah rosak, boleh diubahsuai sebagai tempat grill yang efektif. Lebih mengejutkan, harganya x semahal yang disangka..

Price Range: RM1900~RM3200!





Aku memerlukan barang2 di atas ni segera, dengan harga yang lebih murah dari di atas. Info2 kan untuk aku rembat. Apa? Pakai duit aku lah. Takkan pakai duit ngko..

.Regards.

2 comments: