Siapakah rumah kuning ini? Sudah semestinya abang2 Brazil kita. Selepas bersengkang mata menonton Final Piala Konfederasi, akhirnya habislah sudah aktiviti bola aku sebelum pergi Puncak Alam.
Apa yang menarik pada perlawanan ini, Brazil telah bertemu dengan 1 kumpulan yang paling aku tak suka iaitu USA. Nasib baik diorang tak menang!
1st half, Brazil lebih banyak menguasai bola tetapi USA ada teknik counter-attack yang sangat power, Brazil bolos 2-0. Nampak macam Brazil nak kalah. Konfiden dah hilang, banyak kad kuning dihasilkan. Kaka dan Robinho main biasa2.
2nd half, akhirnya gawang Tim Howard dibolosi jugak dengan bantuan kesyaitanan Luis Fabiano. 1st half dia memang x menonjol, tapi 2nd half..PooF! 2 gol in a row. Lucio memberi gol kemenangan pada minit ke 84.
Seperti biasa, orang yang tak tengok match ni akan pasti yang Brazil akan menang mudah atau memang patut menang. Hakikatnya, aku berikan kredit buat USA kerana hampir berjaya memalukan Brazil.
Nasib baik korang menang! Kalau tak SOCCER akan menggantikan istilah FOOTBALL buat selamanya!
No comments:
Post a Comment