Game Online: Fakta Menarik

Tuesday, November 17, 2015

"Imagine we are just like him since GTA & PES"
Online gaming dulunya adalah sesuatu yang buhsan dan kelam (Ragnarok, Cabal). Semenjak facebook menjadi kegilaan ramai, ia menjadi trend semula...
Aku yang pernah satu ketika dulu addicted dengan game "Rock Legend" mula menyedari bahayanya game2 ciptaan manusia ini (aku berenti pun sebab game tu tamat servis, kalo x memang main saaaja..:p)

Ada formula untuk membuatkan orang ketagih game? Yaa, sangat ada!! Formula yang sama digunakan untuk menggalakkan orang duduk di depan komputer selama yang mungkin, menyebabkan sindrom2 mengong seperti CTS, Dim (rabun) dan pembaziran masa berleluasa (Blogging? Youtubing?). Cuma kali ini skop perbincangan aku tertumpu kepada gaming. Apa yang sudah dilakukan oleh prof2 gaming ni?




Saintis game memikirkan cara bagaimana hendak menyuruh tikus2 ni menekan butang tersebut continuously (jadi sebagai pengguna, kita pun jadilah tikus). Eksperimen terbahagi kepada 3 peringkat ya:

Eksperimen 1: Letakkan tikus dengan 'butang' (ataupun suis) di dalam sangkar. Setiap kali suis ditekan, makanan akan jatuh dari atas. Tikus ini akan berenti menekan suis selepas ia kenyang.

Eksperimen 2: Sama dengan eksperimen 1, cuma kali ini makanan akan jatuh secara rawak selepas tikus menekan butang beberapa kali. Tikus akan berenti tekan suis bila2 dia rasa penat.

Eksperimen 3: Sama dengan eksperimen 1 dan 2, cuma kali ini apabila tikus berhenti menekan butang, aliran elektrik kecil akan dialirkan untuk mengejutkannya. Menariknya, tikus tersebut terus menekan butang tersebut tanpa rasa segan!

Jadi, berdasarkan eksperimen di atas dapat lah dikaitkan dengan game2 internet yang kita main setiap hari. Cth game adalah "mafia wars". Game ni yang paling familiar dengan aku sebab ramai kawan2 main game ni.

Setiap kali kita klik pada game, duit akan masuk, level akan meningkat dan pelbagai faedah game yang akan kita dapat. Kononnya persaingan sihat la kan, kawan level 10, kita dah level 20 (Eks 1). Pengguna juga disogokkan dengan 'barang2 sampingan' untuk membantu quest di dalam permainan (Eks 2). Pengguna perlu menunggu dalam satu kadar waktu sebelum butang di dalam game bleh ditekan lagi. Game developer (GD) tidak membenarkan pemain menekan butang dalam masa yang singkat, tetapi berterusan~~

Eksperimen 3? GD tidak alirkan elektrik kepada pemain. GD menggalakkan pemain untuk mengajak seramai mungkin kawan2 pengguna tersebut untuk join. Pemain yang paling banyak menghabiskan masa di dalam game tersebut akan naik level lebih cepat, lebih banyak benefit dan memperoleh FAME di kalangan pengguna lain.
Pengajarannya? Setiap kali anda bermain permainan online dan tak dapat berenti, ingat2 lah pada eksperimen ini dan harap2 nya, anda masih dapat diselamatkan. Tak kira lah ko kawan aku atau bukan, kalau bleh kurang2 kan lah main game2 macam ni, keluarlah bersosial. Ingatlah orang yang tersayang. Peace..

6 comments:

  1. So, i shud stop play these stuff mr?

    ReplyDelete
  2. i think better to let our friends whose really like playing games to read this.. hehehe
    tx for the info

    ReplyDelete
  3. I thinks so. If they have time to read.;p

    ReplyDelete
  4. i can't stop. dam* it..
    even now, addicted to RO. warghh..crazy..lots of stuff can get. ahahhaa..

    ReplyDelete
  5. ko dah main RO skrg? haha... gud luck

    ReplyDelete