Selamat berpilihanraya!

Tuesday, January 26, 2010

Sedia maklum.. Pelajar2 Universiti sekalian sedang sibuk mengadakan kempen 'undilah saya'. Biasalah, pemerintahan lama dah turun takhta..

Aku seperti besa akan menjadi pemerhati yang tegar, menilai wakil fakulti sendiri melalui sesi dialog 30saat atau 1st impression..My comment is.. no comment..

Dan dalam minggu ini juga lah kita akan melihat bermacam2 karenah-cameo-hipokrasi..Well, seperti biasa hipokrasi memang ada dalam diri kita-kita yaa...

Selaku wakil pelajar, anda memegang satu tanggungjawab besar untuk mendengar dan menyampaikan suara budak2 pimpinannya, kepada pihak atasan. Suara budak2 ni manalah larat nak dengar semua, sebab tu lah wakil pelajar ni dilantik ye dok?? Cuma satu, jangan abaikan pembelajaran anda. Itu lah tujuan pertama anda masuk Universiti.

Penyokong2 pula disarankan untuk tidak berlebih-lebihan (mengadakan tunjuk perasaan, undi hantu etc). Ingat, sebagai pengundi kuasa undian berada di tangan masing2. Jangan dengar suara ramai, jangan rasa sebab wakil tu hot, jangan rasa segan silu.. apa yang anda rasa betul, betul la tu..

Then, muncul lah kaum2 yang memang tak nak ambil tahu hal2 universiti sendiri, bak kata mereka "jangan kacau life aku". Disarankan anda mengangkat punggung sekarang dan pergilah menilai wakil2. Jika tidak, anda bakal menambah lagi statistik rakyat Malaysia yang tidak akan mengundi pada pilihan raya sebenar nanti.

Jadi kepada calon2 sekalian, selamat mewartakan apa yang anda rasa betul dan mungkin dilaksanakan. Jangan buat manifesto semata-mata untuk mengaburi pandangan pengundi sahaja. Ingat, pelajar zaman milennium ini lebih jauh pandangannya berbanding pelajar masa dahulu.

Menang kalah adat bertanding.. yang menang bukan untuk dibanggakan, dan yang kalah, perjuangan belum selesai..

No comments:

Post a Comment