'I' is more important than 'u'.. ya betul..
Apa akan berlaku jikalau anda terkandas di pulau ulu-ulu bersama segerombolan survivor, dan bekalan cuma cukup untuk anda. Perlukah kita utamakan yang lain dulu?
Ok la, situasi realiti. anda sibuk membelanjakan wang kepada orang yang kononnya kita sayangi, beri hadiah dan bermacam2 tetapi diri sendiri sedang dalam masalah kewangan. anda pun stress, stress,stress... bukan bercinta tu sendiri bawa maksud bahagia? kenapa anda sengsara?
Bak kata katalog penerbangan syarikat x:
"Put your oxygen mask on FIRST before assisting others"
Logik? Logik laa.. Kalau ko mati dulu bila ko boleh tolong orang lain?
So, aku pun menggunapakai la term ni dalam hubungan sosial dan perkara lain.
Contoh lagi, kawan mintak teman anda ke bandar, padahal anda sedang selesema kus-kus. Kena pulak kawan ni sorang yang 'emo dan mengada', so kita pun temankan la.. Kalau diri sendiri pun terseksa untuk bahagia, kenapa nak bahagiakan orang lain?
Aku pun buat kesimpulan.. Pentingkan diri itu mulia, apabila ia merujuk diri sendiri. Percayalah, untuk kepentingan diri sendiri, jangan malu jangan segan untuk selfish. Keraskan kepalahati anda, biar semua orang tahu anda pandai menjaga diri...
Orang lain pun kata~
"oohoo, tak patut tak patut. kita ni hidup bermasyarakat nak sorang2 dok dalam kubur la"
Fikir lah betul2.. anda pentingkan orang lain, anda tak ikhlas, anda penat, anda mengeluarkan tenaga negatif, dan semestinya kerja pun tak betul.. dan ia menunjukkan anda seorang yang mudah dilentur dan diketuk2, apatah lagi dipijak2..
Last but not least,
Kenapa biarkan orang lain menentukan hidup anda? Tak pandai tentukan sendiri kah?
alangkah indahnya kalau aku dpt buat cm kau..
ReplyDeletehish, mana leh wat cam haku nnt sumer org merajuk dowhhh.. cam org lain kat aku, haha
ReplyDelete